Wednesday, 21 August 2013

Musim Putus Cinta ??

Assalamualaikum..

Sejak kebelakangan ni seolah olah ramai orang mengalami masalah putus cinta. Cinta oooo cinta.. bila jatuh cinta indah rasanya. Mak aku kata bila jatuh cinta, yang tak hensem pun jadi hensem. Yang hitam / gelap jadi putih. Dan yang kentut busuk pun jadi wangi !! Hahaha. *Mak aku kalau bagi perumpamaan memang over ok*. Bila putus cinta lagi berganda ganda indah perasaannya. Ok, aku tipu je !! Indah kau cakap, Zulaikha?? Debukkk!! Ambik sebiji kena sekeh oleh kawan aku..hehe.

Aku pernah cakap dengan student aku yang tengah putus cinta..
Me : X payah la buang masa sedih².. x guna pun kan? Xde faedah melainkan hati bertambah sakit dan otak jadi stress. Pergi la happykan diri dengan apa² yang boleh buat kamu happy.
Student : Daripada saya happy² lebih baik saya baca al-quran kan, miss?
Me : *terkena aku sebiji..haha*. Tu yang terbaik. Eee buang masa sedih² ni. Stress je nanti.
Student : Ok la miss. Saya pi baca quran la ni dulu. Jumpa rabu nanti ya, miss.
Me : ok. Hehe.

Actually, aku memahami setiap jiwa yang putus cinta sebab aku pun pernah rasa betapa dahsyatnya penangan putus cinta. Mau separuh gila kot. Nasib x gila terus je. hehe. Alkisahnya pada 4 tahun yang lalu. Nak nak time semester 1 tu aku xde roomate. Ada housemate pun masing2 dalam bilik masing2 bersama roomate masing2. Aku je yang xde roomate. Sadis sungguh. Huhu. Aku ada bagitau kawan aku, "dulu time aku putus cinta aku xde rumate, aku sedih gila sebab aku xde kawan nak borak. Bila aku pandang kanan, ada dinding dan katil kosong.. pandang kiri lagi ada dinding je. So aku bercakap dengan dinding je kau tau..haha.". Kawan aku jawab, ''dah gila kau ni, laikha sebab cakap dengan dinding". hik hik hik.. Maka apabila aku dilanda masalah dunia iaitu putus cinta, tempat aku meluah segala rasa hati ialah :

1. Pada Allah. Aku nangis tiap kali lepas solat. Aku nangis mengadu betapa perit hati aku kehilangan cinta manusia. Tapi betul la kata orang, bila kita kehilangan cinta manusia, tu tandanya Allah nak kita perbaiki cinta kita pada yang maha Esa. 

2. Pada kertas dan chatting. Aku luahkan perasaan aku dalam bentuk puisi di atas kertas. Di facebook pula, aku selalu chatting dengan seorang kakak ni. Berkongsi cerita. Meluah rasa. Sedikit sebanyak dapat mengurangkan luka hati aku pada masa tu. 

3. Pada bantal peluk. Aku peluk erat2 bantal tu ibarat memeluk seorang ibu / kawan bagi mententeramkan perasaan aku.. Gila x gila, aku tetap peluk juga. Haha. 


Setahun lamanya aku mengubati hati sendiri. Akhirnya, luka tu mengubah aku jadi seorang wanita yang tak percaya pada cinta 100%. Aku x percaya 100% pada cinta lelaki bergelar kekasih. Otak ku da saved siap2.. cinta seorang suami jauh lebih boleh dipercayai. Huhu. 


Maka sebab itu sewaktu mak aku suruh aku berdoa di Jabbal Rahmah (bukit pertemuan Adam & Hawa) aku memilih untuk tidak menyebut mana2 nama lelaki pun walaupun mak aku kata, "kau doa la minta jodoh baik2.. sebut nama orang yang kau suka si.....". X sempat mak aku habis cakap, aku tutup mulut mak aku. Bukan kurang ajar ye. Waktu tu aku da pasang niat, aku x nak sebut nama siapa2 dan aku x nak orang lain sebut nama mana2 lelaki untuk aku. Even mak aku pun aku da siap pesan supaya x doakan aku dengan nama mana2 lelaki kot kot la dia ada berkenan dengan sesiapa kan. Begitu juga dengan adik aku si Jannah. Dia pun ada hati nak doakan aku dengan si dot dot dot..haha. Tengok tu, adik aku pun siap nak mendoakan jodoh aku tau. Hehe. Aku nak jodoh yang datang dari Allah. Jodoh yang Allah hadiahkan untuk aku. Biar doa jodoh tu tanpa nama.  Kalau aku sebut nama, tu jodoh yang aku minta. Bukan jodoh yang Allah memang nak bagi. Jodohkan rahsia Allah. :) 





* p/s : Cinta rahsia Tuhan. Semoga cinta ini berlabuh pada jalan yang halal. Aaminn. 



posted from Bloggeroid

4 comments:

Syazni Razak a.k.a noni said...

InsyaAllah. Allh will fulfill your wish one day. kesian kan kau leykha,aku tak sangka kau pernah jd gila sekejap. harharhar.
btw, nice entry

Cik SiZuKha said...

Hahaha..sampai hati kau noni.. kau la x nak jd rumate aku. Klu x konfem aku x prnah gila..hehe

Siti Zalikha Mohd Ridzuan said...

putus cinta mmg sakit..tp kena igt Allah temukan kita dgn org yg salah spy kita sedar dan memperbaiki kesilapan kita. Allah tak pernah kejam dgn kita. DIA hanaya mahu yg terbaik utk kita :)

Cik SiZuKha said...

Zalikha : iya.. sakit yang amat sampai kadang2 rasa trauma..hehe. Tapi alhamdulillah sekarang hati ni kuat sudah utk merasa macam2 perasaan.. tp x kebal la..heee