Assalamualaikum..
Sejak dua menjak ni mata aku ni asyik bangun awal je, Kalau sebelum2 ni selagi x pukul 11 selagi tu aku nak berkubang dalam bilik. X kira la aku masih tidur atau da bangun. Aku tetap akan bergolek2 atas katil x nak keluar dari bilik. Haha. Tapi sekarang ni, pukul 8 lagi mata aku da segar semacam pastu payah pula nak lelap balik. So the solution is, aku online or main game sampai bateri nak habis baru aku berhenti. Buruk giler perangai !! Haha. Biar lah. Aku belum ada tanggungjawab pada sesiapa macam orang yang da kawen.
Setakat ni segala urusan harian aku Alhamdulillah semuanya masih teratur. Masak, kemas rumah, jaga Haziq, pergi kerja, cuci kain.. cuma satu je yang aku malas.. aku malas lipat kain !! Haha.. Mata aku sakit bila tengok rumah berhabuk or bersepah tapi mata aku boleh buat dekkk je tengok kain aku da selonggok. Ntah la kenapa. Tapi memang rasa malas yang amat untuk melipat. 2 3 hari kemudian baru aku lipat. Sedih mak aku tengok anak dara dia malas lipat kain.. hik hik hik~ *ini adalah propa semata2 ok*. :P
Sebenarnya aku nak buat entri khas untuk kawan aku orang Melakau ni. Tapi disebabkan aku still lack of idea, so I postpone dulu yekk. Tunggu idea aku da mencurah2 memang siap la kau, noni !! Kau suka sangat kan nak kenakan aku balik. Tunggu la serangan balas dari aku nanti. Huhuhu. Aku saja bagitau kau awal2 supaya kau alert nak buka blog aku pasni. Haha. Kau juga kan yang duk membebel suruh aku blogging. Haaa... Tapi anak dara orang Melaka seorang ni adalah kawan aku yang LIMITED EDITION ok. Xde sorang pun kawan aku yang sebelum ni perangai macam dia. Hehe. Sayang kau noni !!
![]() |
Yang budjet macam ratu cantik tu la Noni. haha. :D |
Sekarang ni aku tengah chatting dengan pak cik aku. Dia mengadu sakit bahu after main badminton. Kadang2 bila family2 aku duk tanya aku macam2 sakit itu la, sakit ini la, seolah olah aku ni seorang doktor hati aku ni rasa berapi la pula. Bukan marah. Berapi nak sambung study. Huhu. Actually, dulu impian aku nak jadi DOKTOR. Tapi bila aku tau hidup seorang doktor akan banyaknya bersama pesakit, maka aku tukar cita-cita tu jadi NURSE. Tapi ALLAH maha mengetahui. DIA letak aku dalam dunia FISIOTERAPI. Means, kalau aku nak sambung study dalam Fisio boleh. Kalau aku nak tukar ke DOKTOR or other medical profession pun boleh. Tapi... hurmmm.. aku hanya mampu merancang. Biar la ALLAH yang tentukan. Bukan aku x sanggup jadi DOKTOR tapi hati wanita aku yang suatu hari nanti akan bergelar isteri dan ibu *ececece~~* x sampai hati rasanya menghabiskan masa lebih banyak di luar rumah. (Angan2 mak jenin betul..ehehe..).
Oraite.. see ya next time. Got to go. Nak masak jap. Perut ni da berbunyi2.. padan muka aku sebab semalam malas nak makan. Nasib baik xde gastik. Kalau x, memang double padan muka untuk aku. Huhu. Assalamualaikum.. :)
1 comment:
hahaha. kau memang. ade je akal kau nak kenakan aku kan
takpe, i'll be waiting. then kau tunggu la serangan aku pulaaaa
Post a Comment