Tuesday, 20 August 2013

Apa Pandangan Mu ??

Assalamualaikum..

Hari ni nak kongsi cerita.. ada la terbaca status seorang kakak lebih kurang macam ni.. RAMAI ORANG NAK ANAK SOLEH & SOLEHAH. TAPI CUBA MUHASABAH DIRI, SEJAUH MANA SOLEH @ SOLEHAH KITA KEPADA ALLAH??

Tang tu juga.. on the spot otak aku flashed back beberapa bulan ke belakang. Teringat perbualan aku dengan seseorang.. well, lebih kurang macam ni la dialognya cuma aku susun dalam bahasa yang lebih proper.

Aku : kalau nak anak jadi soleh solehah rajin² la solat, doa dan perbanyakkan amal sunat. Bukan sekadar mengharap anak kita nanti jadi soleh solehah dengan sendirinya.
XXX : Ahh.. aku tengok la kan, orang² alim macam ustaz ustazah tu la anak dorang ramai yang 'hancur'. Anak orang yang biasa² yang ok je..
Aku : (dalam hati da beristighfar.. sikit lagi kepala nak menggeleng da). Jangan cakap macam tu. Yang penting diri kita ni nanti.. nak anak soleh solehah kena usaha. Anak² tiru setiap perbuatan ibu bapanya.

Persoalan yang bermain di minda ku saat itu..
- Apakah hati yang berkata seperti itu tergolong dalam hati yang mati?? Hati yang tidak berusaha mencari kebaikan mahupun melakukan kebaikan?
- Kenapa manusia mesti berfikiran -ve terlebih dahulu instead of berfikiran +ve ??

* p/s : Aku pun bukan la manusia yang suci dari dosa dan khilaf. Tapi aku bersyukur kerana hati ini masih memihak kepada KEBAIKAN. InsyaAllah. Alhamdulillah.

# semoga Muhammad Haziq Putra jadi anak yang soleh !! Aaminn..

2 comments:

Great MCJ said...

Aminnn....

Cik SiZuKha said...

I think i kbow who u r..hehe