Sunday, 13 October 2013

Pemilik Tulang Rusuk

Assalamualaikum..

wahai si pemilik tulang rusuk...
di manakah kau berada?
aku di sini dilanda gelisah
aku x tahu.. aku keliru..
aku harus berbuat apa..
ingin ku mencari mu tapi kau entah di mana..
terkadang ku sangka ku telah temui mu..
tapi sayang mungkin ku salah sangka..
aku terduduk sepi sendiri..
mengenangkan kau entah seperti apa..
ku pandang langit gelap di atas sana..
ya, di bawah langit ini la kita berdiri bersama..
walaupun engkau entah di mana..

wahai si pemilik tulang rusuk..
apa kau juga lelah?
dipermain cinta dusta yang sementara..
entah kapan kita kan bersua
suatu saat ia pasti tiba
mungkinkah di Dunia atau di Syurga??
biar.. biar aku di sini terus menanti..
separuh hati yang entah ada di mana..
aku penat.. aku rebah..
aku letih bermain rasa..
aku ingin kau yang datang menemui aku..
wahai si pemilik tulang rusuk..

Yang Benar,
Laeykha Zulaikha.

Friday, 4 October 2013

Diari Hati

Assalamualaikum..

From my heart..
To my dear blog..

Pertemuan & perkenalan pasti ada maksudnya..
Ia tidak kosong..
Tidak juga sia-sia..
Pasti ada sebab.
Begitu la juga kisahnya..
Bila kita berpisah..
Pasti ada hikmah & alasannya. 
Itu adalah kata-kata seseorang yang sudah ku anggap ibu kepada ku..

Apa maksudnya? Apa sebabnya? Apa hikmah dan alasannya???
Buntu buntu.. aku keliru..
Aku x mampu menafsir takdir Illahi..
Duhai Tuhan,
Apakah yang Engkau terbitkan daam hati ini?
Permainan perasaan apakah ini?
Aku terseksa dalam kekeliruan ini..
Beri aku jalan.. beri aku petunjuk..
Berilah aku kekuatan menghadapi ujian hati ini..
Terkadang hati ku kuat menolak..
Terkadang ia menangis sendiri menahan sakit x terluahkan..
Apa harus ku lakukan??

Ingatkah lagi doa ku kepada Mu..
Di Raudah, Jabbal Rahmah, di hadapan Kaabah dan sebagainya..
Aku x meminta apa-apa untuk jodoh ku..
Melainkan Engkau mempermudahkan aku dengan bakal IMAM ku
Dalam bertemu dan bersatu
Aku inginkan hubungan yang suci untuk berkasih dan bermain hati
Kerana hati ku sudah lelah bermain untuk yang belum HALAL
Tapi aku sedar...
Suka x semestinya harus mencintai
Rindu x semestinya harus menyayangi
Mencintai x semestinya harus memiliki
Berkasih x semestinya harus bersama selamanya...


Saturday, 28 September 2013

28 September 2013

Assalamuaaikum..

All I want to say is I LOVE U
My heart keep telling me, I MISS U
But.....
Those words are very precious for me
I can lie to my brain
But I just can't lie to my heart
Besides..
There's no way I can tell u
Not even once
So I treasured it inside my heart
Whispering to my soul
"Be patience, Zulaikha. If both of u are meant to be together, then u will.. someday. It just a matter of TIME"
Patience.patience.patience.

P/s : If only u can see my heart...... 

Luahan Hati

Assalamualaikum..

Im still awake at 12.13 a.m.
I had an evening sleep due to maigrain so I still feel fresh..huhu.

Dear HATI..
Terkadang aku x mengertikan mu
Kau terlalu bermain helah dengan ku
Kata² yang kau bisikkan penuh metafora
Namun melahirkan perasaan yang hiperbola
Sukar ku tafsir
Hingga terasa sakitnya dalam dada
Semput
Sempit
Berat yang ku rasa
Kapan kau akan lelah mempermainkan aku?
"Sudah cukup sudah.. cukup sampai di sini saja"
Itu la yang sering ku tegaskan pada mu, hati ku sayang..
Namun mengapa kau x nak mengerti??
Mengapa kau berdegil??
Rimas dan lemas aku kau buat
Siang malam ku jadi penuh tanda tanya
Cuba mencari jawapan pasti
Sayangnya TIADA yang ku temui..

Dear HATI,
Jika kau beri aku 1 permintaan
Walau hanya 1 sahaja
Akan aku pinta
Kau cintai la hati yang mencintai mu tanpa ada alasan.
Ya dia la yang selayaknya kau dampingi..
Kerana...
Hati itu la yang menyayangi mu apa adanya
Hati itu yang mencintai mu di dalam 'gelap & terang'.. *insyaAllah*
Semoga hati itu
Adalah hati yang mencintai Allah lebih dari mencintai mu, hati ku..
Hati yang penuh kasih sayang pada keluarga
Hati yang lembut dalam ketegasannya. 

Wahai hati..
Bersabar la menanti untuk ditemani
Saat yang tepat pasti akan tiba
Cepat atau lambat
Itu cuma satu persoalan
Sementara itu...
Kau hiasi la diri mu, hati
Perbaiki mana kurang mu
Buang mana yang buruk
Bersihkan mana yang gelap
Mantapkan apa yang lemah
Penuhi apa yang kosong
Semoga bahagia segera menjemput mu..
Wahai hati ku....

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Saturday, 21 September 2013

Rasa Yang Membahagiakan

Assalamualaikum..

Waktu aku kecik² mak aku jarang sekali bagi aku hadiah.. apatah lagi ayah aku yang 80% serahkan semua urusan anak² pada mak aku. So bila suatu hari aku dapat hadiah, that feeling was so AWESOME !! I love the feeling so much. Because of that, bila aku da besar dan punya kemampuan walau sedikit, aku akan usahakan bagi orang² yang aku sayang hadiah terutama time Birthday dorang. :)

Tahun lepas Alhamdulillah aku hadiahkan mak aku cup cake kurang manis yang aku tempah khas dari kawan aku di Semenanjung. Walaupun terpaksa naik turun kereta beberapa kali, plus, naik turun kapal terbang (sebab balik Sabah).. syukur Alhamdulillah cup cake tu akhirnya masuk juga ke perut mak aku.. yeayyyy !! Selalunya aku hadiahkan mak aku duit je. Haha. Tiap semester aku akan bagi paling sikit 50% duit biasiswa JPA aku ada mak. Biar dia beli apa yang dia suka dengan duit tu. Apa la sangat kan duit tu kalau dibandingkan all things yg dia pernah bagi kat aku. Walaupun hakikatnya aku memang perlukan duit tu sebenarnya (students life demand including my practical cost for atleast 2 months) tapi demi mak happy, I said bye bye to those moneys. :')

For my daddy.. Alhamdulillah tahun lepas dengan berbekalkan baki duit JPA yang berjaya aku simpan, aku belikan ayah aku handphone. X canggih mana pun. Tapi boleh la untuk sekadar ayah aku boleh online, x payah tekan keypad repeatedly untuk taip message dan x payah kerutkan dahi waktu baca incoming message sebab screen kecik sangat..hihihi.. Aku juga complete kan handphone tu dengan cover / casing plastik (sebab ayah aku ni kadang² cuai) dan memory card 2gb sebab ayah aku suka rakam video si Haziq. Hehe. So he needs more space than his previous handphone.

Alkisahnya tahun ni aku da start bingung sorang² x tau nak bagi mak ayah aku hadiah apa..huhu. Birthday ayah aku just around the conner. Seminggu je lagi. Mak aku pula 1 bulan ++ je lagi. Ooooo bingung sekejap. -.-   Nak bagi hadiah cucu x mampu lagi..hak hak hak.. *mak aku baca ni konfem mak aku kata aku gatal nak kawen..ahahaha*

* p/s : I have to think and think what should I give to them. Any suggestion?? :)

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Monday, 16 September 2013

Dream..

Assalamualaikum..

Hari ini (actually malam tadi..)
I had a dream of u..
Kau datang menemui ku meminta pertolongan kononnya..
Seperti biasa aku dengan tangan terbuka membantu sesiapa saja yang meminta..
Tanpa aku duga..
Kau lafaz kata itu,
Kau ungkap kata yang telah lama ingin aku dengar..
Aku seolah x percaya..
Aku meminta kau mengakui semua biar nyata jelasnya..
Lalu kau peluk aku erat..
Terasa damai di dalam hati..
Segenap hati tersenyum bahagia kerana tanda tanya telah tiada..
Tapi sayangnyaaaa...
Sayang berjuta juta kali sayang..
Kau hanya la sebuah mimpi indah..
Yang singgah menghangati lena ku..
Meski cuma mimpi..
Aku gembira.. :)

secret admire,
Cik Sizukha

* p/s : sila jangan muntah.. kerana ini hanya la mainan mimpi semata..hehe..

———————————————————

Saturday, 14 September 2013

Jenis Lelaki Tidak Disukai

Assalamualaikum,,


Semua orang ada 'test' atau 'feel' masing2. Suka yang macam ni.. suka yang macam tu.. x suka yang ni.. x suka yang tu.. Haaa.. aku pun ada juga !! *hermm.. nak juga cik Zulaikha ni :P


1. PEROKOK

Dari dulu, kini dan selamanya memang tak suka lelaki yang merokok !! Merokok sikit2 ke.. banyak2 ke.. apatah lagi yang sememangnya PEROKOK TEGAR. No way !! Because I hate the smoke and smell soooo much.


2. PEMALAS

Dislike banyak2 lelaki yang malas tahap dewa. Malas sikit2 boleh. Tapi kalau da tiap masa kejenya nak menyepah, hambur barang sana sini.. buat kotor x reti nak bersihkan,  euwwwhhh.. memang naik hangin juga dengan orang macam ni.. *wohohohoooo~


3. BERAT TULANG

Dah la pemalas, berat tulang pula.. dengan kata lain berat pungkoq !! *erkk..padahal sama je maksudnya*. Tapi berat tulang yang aku maksudkan ialah semua benda pun nak kena minta or arah. Nak nak kalau berhadapan dengan orang yang semua benda dia nak minta kita ambik kan. Benda yang dekat x sampai 1 meter pun terjerit2 minta orang lain ambik kan. X ke haru hati nak melayan orang macam ni?? Fewhhh~~ 


4. PANAS BARAN

Dalam family besar aku dah ada bukti betapa lelaki panas baran sangat2 menakutkan !! Hopefully, my future pillow seorang yang berhati penuh kasih sayang dan x cepat melenting untuk sebab yang kecil. 


5. KAKI KONGKONG

Orang kata sayang, cemburu dan kongkong biar bertempat. Kalau small matter pun da berang dan x boleh, agak2 la. Sedih dan makan dalam jelah jawabnya.. Huk huk huk. 


6. JAHIL AGAMA

InsyaALLAH semua wanita nak kan lelaki yang beragama dan beramal dengan agama. :) Impian setiap wanita untuk bersuamikan lelaki yang boleh membimbingnya ke Jannah ALLAH. Paling sejuk jiwa raga kalau dapat suami yang alim + lemah lembut je bicaranya.. kan kan kan?? heeee.. :D


Oraite peeps.. Nak makan D.D dulu. See ya next entry. Tata titi tutu !! <3

Sunday, 1 September 2013

1 September 2013 @ 12.16 a.m

Assalamualaikum..

Sambil² urut kaki my mum..

Mum : malam ni si Mubarak kawen.. ntah hujan ka tidak di Beaufort.
Me : Mubarak?? Mubarak mana ni?? (Sambil cuba mengingati)
Mum : *Senyap*
Me : Si Shahrol Mubarak anak pakcik -------- tu ka?
Mum : iyaaa..
Me : oooo.. (berfikir sejenak.. cepatnya sampai jodoh). Ma, kenapa dorang (termasuk kawan² seangkatan yang da kawen) kawen, macam senanggggg ja kawen tu kan?? Kenapa aku rasa macam susah sangat mau kawen??
Mum : *senyap lagi*
Me : (dalam hati "ishh..bukan di jawab soalan ku")

Dalam otak ku ligat berfikir..
"Macam mana dorang 'senang' nak berkahwin?? Dorang da keje ke belum?? Duit untuk kos majlis walimah?? Duit untuk sara anak bini lepas ni macam mana??"
Bagi aku proses berkahwin tu rumit.
Perlu kumpul duit beribu ribu..
Untuk itu, kena kerja setahun atau mungkin bertahun untuk capai jumlah yang dikehendaki.
Maka hubungan 'couple' akan jadi semakin panjang hingga kurang manisnya.. hurmm.
Kalau aku, aku x nak couple lama²..
Semakin lama couple, makin kurang indahnya sebab da terbiasa bersama..
Tapi manusia hanya dapat merancang....

Aku pernah suarakan hasrat hati ketika santai² cerita kosong pasal kawen..
Maklum la, tinggal aku dan adik perempuan aku je lagi anak dara mak ayah aku yang x kawen..hehe..
"Ma, majlis kawen aku nanti buat sehari ja yaa?? Simple² ja supaya kita semua x penat.."..
- sebabnya, 2x majlis kawen keluarga aku, dua² tu terasa sangat penat !!
"Pa.. ma.. nanti hantaran aku murah² ja ahh.. daripada hantaran mahal pastu dengan kos kawen tinggi, nanti lepas kawen pening kepala bayar hutang, baik bagi aku duit tu buat beli perabot atau barang² rumah"..
- Atleast, duit yang di kumpul dengan susah payah tu x la habis dalam sekelip mata je. Ada juga la hasil untuk beli benda lain kan..
"Ma, kawen nanti, x payah la majlis besar besaran sangat. Nikah, sanding dan gambar² jap pastu terus kenduri makan².. da siapp !!"
- Majlis simple xpe asalkan penuh keberkatan dari Nya. Betul x?
Entah apa la bermain di fikiran mak ayah aku time aku cakap macam tu..hahaha..

Kadang² terdetik juga di hati rasa cemburu bila ramai kawan da mula bertukar fasa kehidupan..
Baru aku faham perasaan kawan² berpangkat kakak yang x kawen² lagi..huhu..
Tapi aku yakin..
Allah akan 'hadiah' kan aku tepat pada masanya.
Perancangan Allah x pernah salah.
Cuma kita ni je yang kena bersabar.
Tapi aku cukup hairan dengan orang yang x berperasaan untuk kawen atau malas fikir pasal kawen.
X teringin ke diri tu ditemani di saat kita memerlukan seseorang sebagai pendengar setia.. sebagai penenang hati yang berduka?
X teringin ka merasa diri dijaga dan menjaga pasangan dan anak²?? Huhuhu..

Tuesday, 27 August 2013

1.09 a.m.

Assalamualaikum..

Sometimes I hope I can turn the time back as I wish.
Sometimes I hope that I'm just dreaming.
Sometimes I wish I never let myself fell for un-necessary feeling.
Sometimes I do feel regret for my mistakes.
Sometimes I feel so stupid for letting my brain sent a WRONG signal to my heart.

Now I'm suffering.
An unkown feeling.
Without any reason.
My heart is aching.
And I keep on blaming myself.
Like an idiot.
What a fool.
Its like a bomb inside me.
Waiting for the right time.
It just about to explode.
The more I think about it.
The more it hurts.
Can I just sleep all the time?
So I wont feel this unknown pain anymore.

* p/s : I wish I can see the future so the pain will gone.

Saturday, 24 August 2013

Story Empty - Cerita Kosong

Assalamualaikum.. 


Sejak dua menjak ni mata aku ni asyik bangun awal je, Kalau sebelum2 ni selagi x pukul 11 selagi tu aku nak berkubang dalam bilik. X kira la aku masih tidur atau da bangun. Aku tetap akan bergolek2 atas katil x nak keluar dari bilik. Haha. Tapi sekarang ni, pukul 8 lagi mata aku da segar semacam pastu payah pula nak lelap balik. So the solution is, aku online or main game sampai bateri nak habis baru aku berhenti. Buruk giler perangai !! Haha. Biar lah. Aku belum ada tanggungjawab pada sesiapa macam orang yang da kawen. 

Setakat ni segala urusan harian aku Alhamdulillah semuanya masih teratur. Masak, kemas rumah, jaga Haziq, pergi kerja, cuci kain.. cuma satu je yang aku malas.. aku malas lipat kain !! Haha.. Mata aku sakit bila tengok rumah berhabuk or bersepah tapi mata aku boleh buat dekkk je tengok kain aku da selonggok. Ntah la kenapa. Tapi memang rasa malas yang amat untuk melipat. 2 3 hari kemudian baru aku lipat. Sedih mak aku tengok anak dara dia malas lipat kain.. hik hik hik~ *ini adalah propa semata2 ok*. :P

Sebenarnya aku nak buat entri khas untuk kawan aku orang Melakau ni. Tapi disebabkan aku still lack of idea, so I postpone dulu yekk. Tunggu idea aku da mencurah2 memang siap la kau, noni !! Kau suka sangat kan nak kenakan aku balik. Tunggu la serangan balas dari aku nanti. Huhuhu. Aku saja bagitau kau awal2 supaya kau alert nak buka blog aku pasni. Haha. Kau juga kan yang duk membebel suruh aku blogging. Haaa... Tapi anak dara orang Melaka seorang ni adalah kawan aku yang LIMITED EDITION ok. Xde sorang pun kawan aku yang sebelum ni perangai macam dia. Hehe. Sayang kau noni !! 


Yang budjet macam ratu cantik tu la Noni. haha. :D


Sekarang ni aku tengah chatting dengan pak cik aku. Dia mengadu sakit bahu after main badminton. Kadang2 bila family2 aku duk tanya aku macam2 sakit itu la, sakit ini la, seolah olah aku ni seorang doktor hati aku ni rasa berapi la pula. Bukan marah.  Berapi nak sambung study. Huhu. Actually, dulu impian aku nak jadi DOKTOR. Tapi bila aku tau hidup seorang doktor akan banyaknya bersama pesakit, maka aku tukar cita-cita tu jadi NURSE. Tapi ALLAH maha mengetahui. DIA letak aku dalam dunia FISIOTERAPI. Means, kalau aku nak sambung study dalam Fisio boleh. Kalau aku nak tukar ke DOKTOR or other medical profession pun boleh. Tapi... hurmmm.. aku hanya mampu merancang. Biar la ALLAH yang tentukan. Bukan aku x sanggup jadi DOKTOR tapi hati wanita aku yang suatu hari nanti akan bergelar isteri dan ibu *ececece~~* x sampai hati rasanya menghabiskan masa lebih banyak di luar rumah. (Angan2 mak jenin betul..ehehe..).

Oraite.. see ya next time. Got to go.  Nak masak jap. Perut ni da berbunyi2.. padan muka aku sebab semalam malas nak makan. Nasib baik xde gastik. Kalau x, memang double padan muka untuk aku. Huhu. Assalamualaikum.. :) 




Thursday, 22 August 2013

Hak Kita

Assalamualaikum..


I feel a bit boring for today. Nak main game kat laptop tapi si Haziq gebu ni pun asyik nak join main sekali la pula. Kita bagi dia main mainan jauh sikit tetap juga nak mai dekat dekat. Bagi dia tengok Mickey Mouse (his fav cartoon), huhhhh..di pijaknya je Hp aku tu. Pandang sebelah mata pun dia x nak. Hampeh bila segala usaha x berhasil sebab dia tetap nak main laptop juga. Haha. So last last, terpaksa off laptop. So fair and square la untuk aku dan baby boy. ツ

Achooomm !! Sob sob sob.. ●︿●.
Iklan jap ye. Hehe. Hari ni da banyak kali aku terbersin. Kesian jantung aku. Asyik terhenti henti je dia hari ni. Tau kan? Bila kita bersin jantung kita akan terhenti sekejap. Its what fact said. Not me. Huuu~~ That's why as a muslim we have to say Alhamdulillah after we "achoommm !!"..hik hik hik.

So berbalik pada tajuk, kita berhak ke atas diri kita. Kita berhak menentukan apa yang terbaik untuk kita. Kalau bukan kita siapa lagi kan? But hopefully setiap apa yang kita decide tu benar² terbaik dan x didorong oleh emosi dan nafsu semata². X kesah la dalam apa hal sekali pun. Sama ada study, cita-cita, tindakan, kerja, impian.. malah dalam bercinta pun kita kena decide siapa yang terbaik untuk kita. Arghhh.. kau ni Zulaikha. Cinta juga kau nak sebut ye. Errr.. entah la. Mungkin faktor usia dan sekeliling membuat aku ringan hati untuk bercerita tentang cinta.

Untuk diri aku, aku da decide apa yang aku nak di masa akan datang. Semoga Allah mengizinkan. Aaminn !! Aku cuma perlu terus bersabar. Mungkin x secepat orang lain. Tapi xpe, demi keluarga, aku rela bersabar mengejar cita-cita aku. Biar Haziq besar sikit je lagi. InsyaAllah tahun depan aku kembali mengejar cita-cita aku. Kalau orang nak tanya aku bila nak kawen, aku akan terus jawab macam ni, "kalau esok ada putera Kayangan turun dari langit datang meminang, esok juga aku kawen".. hehe.. Actually sejak dulu aku simpan angan² untuk berkahwin apabila umur mencecah 23 tahun. Sebabnya mak aku kawen umur 23. Maka aku anak x berapa mak sangat, nak la ikut jejak langkah mak aku. Fuhhh..sekarang da 22 tahun dan 12 hari. So ada remaining berapa hari lagi untuk aku sampai target? Errr.. x kuaso den nok ngiro. *erkk.. bahasa apa aku pakai ni? Main taip je.* Kih kih kih.  :p

Btw, korang pernah x mengalami kisah cinta gila?? Meh la kongsi..huhu. Well.. aku pernah !! Bukan cinta buta ye.. cinta G to the I to the L to the A = G.I.L.A. Sob sob sob. Mujur aku waras lagi ni. Xde yang terencat. Ish xde la.. aku memain je. Xde la aku yang jadi gila. Cinta tu je yang gila. Si pencintanya idok ler gilerrr.. hehe. Next time aku share ye. Malas nak citer sekarang.  :D









- Gambar : Di sini la pertama kalinya cinta aku pada Tuhan ku terasa sangat dekat. Niat ku sebelum meninggalkan Baitullah, semoga bila 'kita' bertemu lagi aku datang bersama cinta halal yang kau 'hadiah'kan. :')

posted from Bloggeroid

Wednesday, 21 August 2013

Musim Putus Cinta ??

Assalamualaikum..

Sejak kebelakangan ni seolah olah ramai orang mengalami masalah putus cinta. Cinta oooo cinta.. bila jatuh cinta indah rasanya. Mak aku kata bila jatuh cinta, yang tak hensem pun jadi hensem. Yang hitam / gelap jadi putih. Dan yang kentut busuk pun jadi wangi !! Hahaha. *Mak aku kalau bagi perumpamaan memang over ok*. Bila putus cinta lagi berganda ganda indah perasaannya. Ok, aku tipu je !! Indah kau cakap, Zulaikha?? Debukkk!! Ambik sebiji kena sekeh oleh kawan aku..hehe.

Aku pernah cakap dengan student aku yang tengah putus cinta..
Me : X payah la buang masa sedih².. x guna pun kan? Xde faedah melainkan hati bertambah sakit dan otak jadi stress. Pergi la happykan diri dengan apa² yang boleh buat kamu happy.
Student : Daripada saya happy² lebih baik saya baca al-quran kan, miss?
Me : *terkena aku sebiji..haha*. Tu yang terbaik. Eee buang masa sedih² ni. Stress je nanti.
Student : Ok la miss. Saya pi baca quran la ni dulu. Jumpa rabu nanti ya, miss.
Me : ok. Hehe.

Actually, aku memahami setiap jiwa yang putus cinta sebab aku pun pernah rasa betapa dahsyatnya penangan putus cinta. Mau separuh gila kot. Nasib x gila terus je. hehe. Alkisahnya pada 4 tahun yang lalu. Nak nak time semester 1 tu aku xde roomate. Ada housemate pun masing2 dalam bilik masing2 bersama roomate masing2. Aku je yang xde roomate. Sadis sungguh. Huhu. Aku ada bagitau kawan aku, "dulu time aku putus cinta aku xde rumate, aku sedih gila sebab aku xde kawan nak borak. Bila aku pandang kanan, ada dinding dan katil kosong.. pandang kiri lagi ada dinding je. So aku bercakap dengan dinding je kau tau..haha.". Kawan aku jawab, ''dah gila kau ni, laikha sebab cakap dengan dinding". hik hik hik.. Maka apabila aku dilanda masalah dunia iaitu putus cinta, tempat aku meluah segala rasa hati ialah :

1. Pada Allah. Aku nangis tiap kali lepas solat. Aku nangis mengadu betapa perit hati aku kehilangan cinta manusia. Tapi betul la kata orang, bila kita kehilangan cinta manusia, tu tandanya Allah nak kita perbaiki cinta kita pada yang maha Esa. 

2. Pada kertas dan chatting. Aku luahkan perasaan aku dalam bentuk puisi di atas kertas. Di facebook pula, aku selalu chatting dengan seorang kakak ni. Berkongsi cerita. Meluah rasa. Sedikit sebanyak dapat mengurangkan luka hati aku pada masa tu. 

3. Pada bantal peluk. Aku peluk erat2 bantal tu ibarat memeluk seorang ibu / kawan bagi mententeramkan perasaan aku.. Gila x gila, aku tetap peluk juga. Haha. 


Setahun lamanya aku mengubati hati sendiri. Akhirnya, luka tu mengubah aku jadi seorang wanita yang tak percaya pada cinta 100%. Aku x percaya 100% pada cinta lelaki bergelar kekasih. Otak ku da saved siap2.. cinta seorang suami jauh lebih boleh dipercayai. Huhu. 


Maka sebab itu sewaktu mak aku suruh aku berdoa di Jabbal Rahmah (bukit pertemuan Adam & Hawa) aku memilih untuk tidak menyebut mana2 nama lelaki pun walaupun mak aku kata, "kau doa la minta jodoh baik2.. sebut nama orang yang kau suka si.....". X sempat mak aku habis cakap, aku tutup mulut mak aku. Bukan kurang ajar ye. Waktu tu aku da pasang niat, aku x nak sebut nama siapa2 dan aku x nak orang lain sebut nama mana2 lelaki untuk aku. Even mak aku pun aku da siap pesan supaya x doakan aku dengan nama mana2 lelaki kot kot la dia ada berkenan dengan sesiapa kan. Begitu juga dengan adik aku si Jannah. Dia pun ada hati nak doakan aku dengan si dot dot dot..haha. Tengok tu, adik aku pun siap nak mendoakan jodoh aku tau. Hehe. Aku nak jodoh yang datang dari Allah. Jodoh yang Allah hadiahkan untuk aku. Biar doa jodoh tu tanpa nama.  Kalau aku sebut nama, tu jodoh yang aku minta. Bukan jodoh yang Allah memang nak bagi. Jodohkan rahsia Allah. :) 





* p/s : Cinta rahsia Tuhan. Semoga cinta ini berlabuh pada jalan yang halal. Aaminn. 



posted from Bloggeroid

Tuesday, 20 August 2013

Apa Pandangan Mu ??

Assalamualaikum..

Hari ni nak kongsi cerita.. ada la terbaca status seorang kakak lebih kurang macam ni.. RAMAI ORANG NAK ANAK SOLEH & SOLEHAH. TAPI CUBA MUHASABAH DIRI, SEJAUH MANA SOLEH @ SOLEHAH KITA KEPADA ALLAH??

Tang tu juga.. on the spot otak aku flashed back beberapa bulan ke belakang. Teringat perbualan aku dengan seseorang.. well, lebih kurang macam ni la dialognya cuma aku susun dalam bahasa yang lebih proper.

Aku : kalau nak anak jadi soleh solehah rajin² la solat, doa dan perbanyakkan amal sunat. Bukan sekadar mengharap anak kita nanti jadi soleh solehah dengan sendirinya.
XXX : Ahh.. aku tengok la kan, orang² alim macam ustaz ustazah tu la anak dorang ramai yang 'hancur'. Anak orang yang biasa² yang ok je..
Aku : (dalam hati da beristighfar.. sikit lagi kepala nak menggeleng da). Jangan cakap macam tu. Yang penting diri kita ni nanti.. nak anak soleh solehah kena usaha. Anak² tiru setiap perbuatan ibu bapanya.

Persoalan yang bermain di minda ku saat itu..
- Apakah hati yang berkata seperti itu tergolong dalam hati yang mati?? Hati yang tidak berusaha mencari kebaikan mahupun melakukan kebaikan?
- Kenapa manusia mesti berfikiran -ve terlebih dahulu instead of berfikiran +ve ??

* p/s : Aku pun bukan la manusia yang suci dari dosa dan khilaf. Tapi aku bersyukur kerana hati ini masih memihak kepada KEBAIKAN. InsyaAllah. Alhamdulillah.

# semoga Muhammad Haziq Putra jadi anak yang soleh !! Aaminn..

New Blog

Assalamualaikum..

Hi !! This is my new blong. Actually aku sedikit excited kali ni sebab I created this blog using an Android Apps. Maksudnya, segala update entri dalam blog ni aku lakukan hanya dengan menaip di mobile phone aku je.. canggih x hambe?? Hik hik hik~~ ▔□▔)/▔□▔)/▔□▔)/

Btw, blog aku yang lama telah pun di off sebab aku rasakan segala cerita dalam blog tu agak kekurangan kematangan..huhu. I hope this time, segala hasil tulisan dari hati aku lebih bermanfaat dan mungkin boleh dijadikan pengajaran x kira la dalam bentuk apa pun.

Alright, I got to go now. ALLAH s.w.t is calling me for Maghreb. See ya next post !! ♥♥


*P/s = Haziq kat sebelah ni da bergolek golek hingga menghimpit peha ku. Atokoiiiiiii !! -_-'
posted from Bloggeroid