Sunday, 13 October 2013

Pemilik Tulang Rusuk

Assalamualaikum..

wahai si pemilik tulang rusuk...
di manakah kau berada?
aku di sini dilanda gelisah
aku x tahu.. aku keliru..
aku harus berbuat apa..
ingin ku mencari mu tapi kau entah di mana..
terkadang ku sangka ku telah temui mu..
tapi sayang mungkin ku salah sangka..
aku terduduk sepi sendiri..
mengenangkan kau entah seperti apa..
ku pandang langit gelap di atas sana..
ya, di bawah langit ini la kita berdiri bersama..
walaupun engkau entah di mana..

wahai si pemilik tulang rusuk..
apa kau juga lelah?
dipermain cinta dusta yang sementara..
entah kapan kita kan bersua
suatu saat ia pasti tiba
mungkinkah di Dunia atau di Syurga??
biar.. biar aku di sini terus menanti..
separuh hati yang entah ada di mana..
aku penat.. aku rebah..
aku letih bermain rasa..
aku ingin kau yang datang menemui aku..
wahai si pemilik tulang rusuk..

Yang Benar,
Laeykha Zulaikha.

Friday, 4 October 2013

Diari Hati

Assalamualaikum..

From my heart..
To my dear blog..

Pertemuan & perkenalan pasti ada maksudnya..
Ia tidak kosong..
Tidak juga sia-sia..
Pasti ada sebab.
Begitu la juga kisahnya..
Bila kita berpisah..
Pasti ada hikmah & alasannya. 
Itu adalah kata-kata seseorang yang sudah ku anggap ibu kepada ku..

Apa maksudnya? Apa sebabnya? Apa hikmah dan alasannya???
Buntu buntu.. aku keliru..
Aku x mampu menafsir takdir Illahi..
Duhai Tuhan,
Apakah yang Engkau terbitkan daam hati ini?
Permainan perasaan apakah ini?
Aku terseksa dalam kekeliruan ini..
Beri aku jalan.. beri aku petunjuk..
Berilah aku kekuatan menghadapi ujian hati ini..
Terkadang hati ku kuat menolak..
Terkadang ia menangis sendiri menahan sakit x terluahkan..
Apa harus ku lakukan??

Ingatkah lagi doa ku kepada Mu..
Di Raudah, Jabbal Rahmah, di hadapan Kaabah dan sebagainya..
Aku x meminta apa-apa untuk jodoh ku..
Melainkan Engkau mempermudahkan aku dengan bakal IMAM ku
Dalam bertemu dan bersatu
Aku inginkan hubungan yang suci untuk berkasih dan bermain hati
Kerana hati ku sudah lelah bermain untuk yang belum HALAL
Tapi aku sedar...
Suka x semestinya harus mencintai
Rindu x semestinya harus menyayangi
Mencintai x semestinya harus memiliki
Berkasih x semestinya harus bersama selamanya...


Saturday, 28 September 2013

28 September 2013

Assalamuaaikum..

All I want to say is I LOVE U
My heart keep telling me, I MISS U
But.....
Those words are very precious for me
I can lie to my brain
But I just can't lie to my heart
Besides..
There's no way I can tell u
Not even once
So I treasured it inside my heart
Whispering to my soul
"Be patience, Zulaikha. If both of u are meant to be together, then u will.. someday. It just a matter of TIME"
Patience.patience.patience.

P/s : If only u can see my heart...... 

Luahan Hati

Assalamualaikum..

Im still awake at 12.13 a.m.
I had an evening sleep due to maigrain so I still feel fresh..huhu.

Dear HATI..
Terkadang aku x mengertikan mu
Kau terlalu bermain helah dengan ku
Kata² yang kau bisikkan penuh metafora
Namun melahirkan perasaan yang hiperbola
Sukar ku tafsir
Hingga terasa sakitnya dalam dada
Semput
Sempit
Berat yang ku rasa
Kapan kau akan lelah mempermainkan aku?
"Sudah cukup sudah.. cukup sampai di sini saja"
Itu la yang sering ku tegaskan pada mu, hati ku sayang..
Namun mengapa kau x nak mengerti??
Mengapa kau berdegil??
Rimas dan lemas aku kau buat
Siang malam ku jadi penuh tanda tanya
Cuba mencari jawapan pasti
Sayangnya TIADA yang ku temui..

Dear HATI,
Jika kau beri aku 1 permintaan
Walau hanya 1 sahaja
Akan aku pinta
Kau cintai la hati yang mencintai mu tanpa ada alasan.
Ya dia la yang selayaknya kau dampingi..
Kerana...
Hati itu la yang menyayangi mu apa adanya
Hati itu yang mencintai mu di dalam 'gelap & terang'.. *insyaAllah*
Semoga hati itu
Adalah hati yang mencintai Allah lebih dari mencintai mu, hati ku..
Hati yang penuh kasih sayang pada keluarga
Hati yang lembut dalam ketegasannya. 

Wahai hati..
Bersabar la menanti untuk ditemani
Saat yang tepat pasti akan tiba
Cepat atau lambat
Itu cuma satu persoalan
Sementara itu...
Kau hiasi la diri mu, hati
Perbaiki mana kurang mu
Buang mana yang buruk
Bersihkan mana yang gelap
Mantapkan apa yang lemah
Penuhi apa yang kosong
Semoga bahagia segera menjemput mu..
Wahai hati ku....

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Saturday, 21 September 2013

Rasa Yang Membahagiakan

Assalamualaikum..

Waktu aku kecik² mak aku jarang sekali bagi aku hadiah.. apatah lagi ayah aku yang 80% serahkan semua urusan anak² pada mak aku. So bila suatu hari aku dapat hadiah, that feeling was so AWESOME !! I love the feeling so much. Because of that, bila aku da besar dan punya kemampuan walau sedikit, aku akan usahakan bagi orang² yang aku sayang hadiah terutama time Birthday dorang. :)

Tahun lepas Alhamdulillah aku hadiahkan mak aku cup cake kurang manis yang aku tempah khas dari kawan aku di Semenanjung. Walaupun terpaksa naik turun kereta beberapa kali, plus, naik turun kapal terbang (sebab balik Sabah).. syukur Alhamdulillah cup cake tu akhirnya masuk juga ke perut mak aku.. yeayyyy !! Selalunya aku hadiahkan mak aku duit je. Haha. Tiap semester aku akan bagi paling sikit 50% duit biasiswa JPA aku ada mak. Biar dia beli apa yang dia suka dengan duit tu. Apa la sangat kan duit tu kalau dibandingkan all things yg dia pernah bagi kat aku. Walaupun hakikatnya aku memang perlukan duit tu sebenarnya (students life demand including my practical cost for atleast 2 months) tapi demi mak happy, I said bye bye to those moneys. :')

For my daddy.. Alhamdulillah tahun lepas dengan berbekalkan baki duit JPA yang berjaya aku simpan, aku belikan ayah aku handphone. X canggih mana pun. Tapi boleh la untuk sekadar ayah aku boleh online, x payah tekan keypad repeatedly untuk taip message dan x payah kerutkan dahi waktu baca incoming message sebab screen kecik sangat..hihihi.. Aku juga complete kan handphone tu dengan cover / casing plastik (sebab ayah aku ni kadang² cuai) dan memory card 2gb sebab ayah aku suka rakam video si Haziq. Hehe. So he needs more space than his previous handphone.

Alkisahnya tahun ni aku da start bingung sorang² x tau nak bagi mak ayah aku hadiah apa..huhu. Birthday ayah aku just around the conner. Seminggu je lagi. Mak aku pula 1 bulan ++ je lagi. Ooooo bingung sekejap. -.-   Nak bagi hadiah cucu x mampu lagi..hak hak hak.. *mak aku baca ni konfem mak aku kata aku gatal nak kawen..ahahaha*

* p/s : I have to think and think what should I give to them. Any suggestion?? :)

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Monday, 16 September 2013

Dream..

Assalamualaikum..

Hari ini (actually malam tadi..)
I had a dream of u..
Kau datang menemui ku meminta pertolongan kononnya..
Seperti biasa aku dengan tangan terbuka membantu sesiapa saja yang meminta..
Tanpa aku duga..
Kau lafaz kata itu,
Kau ungkap kata yang telah lama ingin aku dengar..
Aku seolah x percaya..
Aku meminta kau mengakui semua biar nyata jelasnya..
Lalu kau peluk aku erat..
Terasa damai di dalam hati..
Segenap hati tersenyum bahagia kerana tanda tanya telah tiada..
Tapi sayangnyaaaa...
Sayang berjuta juta kali sayang..
Kau hanya la sebuah mimpi indah..
Yang singgah menghangati lena ku..
Meski cuma mimpi..
Aku gembira.. :)

secret admire,
Cik Sizukha

* p/s : sila jangan muntah.. kerana ini hanya la mainan mimpi semata..hehe..

———————————————————

Saturday, 14 September 2013

Jenis Lelaki Tidak Disukai

Assalamualaikum,,


Semua orang ada 'test' atau 'feel' masing2. Suka yang macam ni.. suka yang macam tu.. x suka yang ni.. x suka yang tu.. Haaa.. aku pun ada juga !! *hermm.. nak juga cik Zulaikha ni :P


1. PEROKOK

Dari dulu, kini dan selamanya memang tak suka lelaki yang merokok !! Merokok sikit2 ke.. banyak2 ke.. apatah lagi yang sememangnya PEROKOK TEGAR. No way !! Because I hate the smoke and smell soooo much.


2. PEMALAS

Dislike banyak2 lelaki yang malas tahap dewa. Malas sikit2 boleh. Tapi kalau da tiap masa kejenya nak menyepah, hambur barang sana sini.. buat kotor x reti nak bersihkan,  euwwwhhh.. memang naik hangin juga dengan orang macam ni.. *wohohohoooo~


3. BERAT TULANG

Dah la pemalas, berat tulang pula.. dengan kata lain berat pungkoq !! *erkk..padahal sama je maksudnya*. Tapi berat tulang yang aku maksudkan ialah semua benda pun nak kena minta or arah. Nak nak kalau berhadapan dengan orang yang semua benda dia nak minta kita ambik kan. Benda yang dekat x sampai 1 meter pun terjerit2 minta orang lain ambik kan. X ke haru hati nak melayan orang macam ni?? Fewhhh~~ 


4. PANAS BARAN

Dalam family besar aku dah ada bukti betapa lelaki panas baran sangat2 menakutkan !! Hopefully, my future pillow seorang yang berhati penuh kasih sayang dan x cepat melenting untuk sebab yang kecil. 


5. KAKI KONGKONG

Orang kata sayang, cemburu dan kongkong biar bertempat. Kalau small matter pun da berang dan x boleh, agak2 la. Sedih dan makan dalam jelah jawabnya.. Huk huk huk. 


6. JAHIL AGAMA

InsyaALLAH semua wanita nak kan lelaki yang beragama dan beramal dengan agama. :) Impian setiap wanita untuk bersuamikan lelaki yang boleh membimbingnya ke Jannah ALLAH. Paling sejuk jiwa raga kalau dapat suami yang alim + lemah lembut je bicaranya.. kan kan kan?? heeee.. :D


Oraite peeps.. Nak makan D.D dulu. See ya next entry. Tata titi tutu !! <3